r ini telah saya pilih berdasarkan 5 teknik asas Fotografi iaitu Long Shot , Medium Shot , Close Up , Low Angle Shot dan High Angle Shot.
1. Long Shot
Teknik fotografi ini sesuai digunakan dalam pengambilan gambar dimana
objek maupun kawasan sekitarnya terlihat secara keseluruhan . pada
pengambilan seperti ini hal-hal yang ingin ditonjolkan selain objek
utama adalah siuasi dan keadaan sekitar. 

2. Medium Shot
Medium Shot merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam
menghasilkan kajian ini. Medium Shot dapat didefinisikan sebagai satu
kaedah pengambilan gambar daripada jarak yang sederhana. Kaedah ini
merupakan satu kaedah yang biasa digunakan oleh seseorang juru foto
terutamanya bagi orang kebanyakkan yang tidak mempunyai asas dalam
teknikpengambilan gambar.
3. Close Up
fotografi close – up adalah kaedah yang membuktikan nilai dari wartawan
foto bagi penonton , kerana si wartawan berada dekat dengan subjek ,
ketika penonton tidak boleh atau tidak bersedia bergerak sedekat itu
dengan subjek
4. Low Angle
Low Angle adalah istilah yang digunakan bagi menerangkan teknik pengambilan gambar
dari sudut rendah. Hal ini terkait dengan keadaan di mana alatan yang
digunakan untuk mengambil gambar diletak di bawah sasaran (objek) untuk
mendapatkan hasil yang terbaik.

5. High Angle
High Angle pengambilan gambar pada sudut yang tinggi iaitu pengambilan gambar dari
atas objek sehingga objek yang diambil kelihatan kecil. Pada masa yang
sama, kamera harus menunduk ke bawah untuk mengambil objek yang menjadi
sasaran

No comments:
Post a Comment