Garis panduan ini akan membantu anda mengambil gambar-gambar yang lebih menarik, memberikan keseimbangan semula jadi, menarik perhatian dan sebagainya.
1. Exposure
Pastinya kawan-kawan yang baru mengenali kamera, akan memilih mode ‘Auto’ daripada menggunakan mode manual.
Kita perlu tahu
bahawa dengan memahami asas ‘exposure’, ia akan meningkatkan lagi teknik
fotografi kita naik ke satu tahap seterusnya.
Bagaimana exposure terjadi?
Untuk pengetahuan
kawan-kawan pembaca, keadaan di dalam kamera adalah gelap! Apabila imej
dirakam, shutter pada kamera akan terbuka dan cahaya dari luar akan
masuk melalui lensa. Cahaya akan dihantar terus pada ‘image sensor’
untuk mendapatkan exposure (dedahan cahaya).
Tidak kira kita menggunakan kamera digital atau kamera filem, konsep yang digunakan adalah sama.
Exposure (dedahan) ialah menyukat dan mengimbang cahaya.
Terlalu banyak cahaya
masuk akan membuatkan imej anda menjadi cerah atau putih. Tetapi jika
tidak cukup cahaya pula imej anda akan menjadi terlalu gelap ataupun
hitam terus.
Imej fotografi yang
bagus bergantung kepada pengiraan tetapan exposure (dedahan) yang akan
dihantar dengan jumlah exposure (dedahan) yang betul.
Sebagai orang yang
menggunakan kamera, kita boleh mengawal kuantiti cahaya masuk dengan
melaraskan shutter speed, aperture dan ISO.
Mengukur cahaya (technical exposure)
Teknikal exposure yang baik, akan dapat merakamkan imej yang sama dari segi warna dan cahaya yang mewakili keadaan sebenar
Sensor imej atau
filem amat sensitive pada cahaya…dan jika exposure (dedahan) terlalu
gelap atau terlalu terang, hasil imej anda tidak akan kelihatan seperti
“real life” atau suasana sebenar yang kita sedang lihat.
2. Aperture
Aperture adalah bukaan lensa
bagi menetapkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. Apabila anda
mengambil gambar, lubang shutter akan terbuka untuk sensor menangkap
objek yang mahu dirakam. Memilih aperture yang mahu digunakan akan mempengaruhi luas/ukuran pada lubang shutter itu tadi. Semakin besar lubang shutter yang terbuka, maka semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera.
Ukuran aperture dilabelkan dengan simbol f/[nombor] (Contoh: f/2.4). Ukuran ini adakala mengelirukan kerana semakin besar nombor f, lubang shutter adalah semakin kecil. Sebaliknya semakin kecil nombor f, lubang shutter adalah semakin besar.
Dengan mengabaikan faktor shutter-speed dan ISO, kita tahu cahaya akan masuk lebih pada ‘aperture’ yang besar (f/2.8 dan f/4
misalnya). Oleh itu dalam keadaan yang kurang cahaya, disebelah malam
dan kurang lampu, anda tiada pilihan selain dari menggunakan aperture
yang besar. Dalam keadaan yang terang, anda akan mempunyai pilihan yang
lebih ‘flexible‘ iaitu anda boleh menggunakan aperture yang besar dan kecil mengikut kesesuaian dan kreativiti anda.
Untuk melihat bagaimana aperture berfungsi seperti di atas, anda boleh mencuba di kamera digital SLR anda dengan memilih “Aperture priority mode” iaitu butang A atau Av. Menggunakan mode ini anda sebenarnya berada dalam mode semi-auto (separa automatik) iaitu anda mengawal apa ‘aperture’ yang mahu dipilih dan kemera akan mengawal ‘shutter-speed‘ dan memilih ‘shutter-speed‘ yang bersesuaian dengan aperture yang anda pilih. Di bawah mode ini, anda boleh mengubah setting ISO anda mengikut berapa banyak cahaya di persekitaran anda.
Add caption |
Gambar kredit kepada digitalcamerainfo.com

3. Shutter Speed
Shutter-speed adalah merujuk kepada tempoh masa shutter terbuka bagi membolehkan cahaya masuk dan mengenai sensor. Nilai shutter speed dikira dengan menggunakan sesaat (seconds) dan biasanya lebih rendah dari satu saat. Shutter pada kelajuan 2 saat akan membenarkan kemasukkan cahaya yang lebih dari shutter pada kelajuan 1/250 sesaat misalnya.
Sekarang kita akan abaikan pula aperture dan cuma melihat pada shutter-speed sahaja. Di tempat yang kurang cahaya, anda akan dapati yang anda terpaksa menggunakan shutter speed yang perlahan bagi mendapatkan cahaya yang cukup untuk exposure yang baik.
Di tempat yang cahayanya terang pula, anda boleh menggunakan pelbagai kepantasan shutter dari sederhana ke laju, namun jika perlahan atau terlalu perlahan akan membuatkan imej menjadi overexposed kerana terlalu banyak cahaya yang masuk.
Kesannya tampak lebih kurang dengan aperture bukan? Akan tetapi penyebab imej tidak mendapat exposure
sepatutnya bagi aperture dan shutter speed adalah berbeza. Baca kembali
artikel di atas untuk memahami semula aperture dan shutter speed.
Sebelum kita pergi ke hubungan aperture dan shutter-speed, mari kita lihat kesan kreatif yang boleh terhasil melalui shutter speed.
Freezing & Blurring Menggunakan Shutter-Speed
Jika menggunakan aperture anda boleh memanipulasi Depth Of Field bagi mendapat hasil yang kreatif, dengan shutter-speed anda boleh juga menghasilkan sesuatu yang kreatif dengan membekukan (freezing) pergerakan objek terutama yang pantas dan membuat kesan kabur (blur) pada gambar.
Aksi sukan biasanya berlaku dengan
pantas dan dengan menggunakan kamera biasa anda tidak akan mendapat
mengambil gambar dengan menarik dan tajam. Untuk menghentikan/beku kan
pergerakkan ahli sukan, kenderaan sukan dan sebagainya, shutter-speed di set
pada kelajuan yang pantas yang mana shutter terbuka sekelip mata bagi
menangkap pergerakkan objek tersebut. Lihat gambar di bawah:
Gambar kredit foodrepublik.com
Pada kelajuan yang perlahan 1/15 sesaat, shutter
terbuka lama dan mengakibatkan kelihatan seperti ada bayang-bayang pada
belakang buah di atas. Akan tetapi kelajuan yang pantas iaitu 1/200 sesaat, buah itu dapat dibekukan dan gambar terhasil tajam dan terang.
Gambar kredit miketurner-photography.co.uk
Rule of Thumbs: “While hand holding a camera, you shouldn’t have a shutter speed slower than the reciprocal of the focal length of the lens“. Jika anda tidak menggunakan tripod, maka rule ini wajar anda ikuti bagi mengelakkan gambar menjadi blur atau goyang bila di ambil. Mengikut rule ini, jika anda menggunakan lensa dengan focal length 100mm, maka anda tidak boleh memilih kelajuan shutter yang kurang dari 1/200 sesaat.
Adakalanya juga menggunakan shutter speed yang perlahan dan menjadikan gambar blur adalah suatu yang menarik dan kreatif
4 . Composition
.
Simple colors on an
uncluttered background
Composition adalah pembahagian tempat untuk membentuk visual tertentu. Ia juga boleh dijelaskan sebagai sudut pandangan untuk membentuk hasil visual yang menarik . Dari segi praktikal , gambar itu haruslah lebih cenderung untuk menggunakan kedua-dua pembahagian dan memilih sudut pandangan tertentu .
Secara umumnya , COMPOSITION adalah bertujuan untuk membuatkan penonton untuk melihat terus kepada titik tengah gambar. Titik tengah ini mungkin mempunyai nilai estetika yang tersendiri atau mengandungi sesuatu sesuatu panorama yang lebih kompleks.
Titik yang lebih halus daripada komposisi tertentu bergantung kepada pelbagai "elemen fotografi " dan "prinsip-prinsip seni fotografi " untuk digunakan oleh photographer.Elemen visual dalam gambar mempunyai ciri-ciri yang dikenali sebagai " elemen fotografi ".
Secara umumnya , COMPOSITION adalah bertujuan untuk membuatkan penonton untuk melihat terus kepada titik tengah gambar. Titik tengah ini mungkin mempunyai nilai estetika yang tersendiri atau mengandungi sesuatu sesuatu panorama yang lebih kompleks.
Titik yang lebih halus daripada komposisi tertentu bergantung kepada pelbagai "elemen fotografi " dan "prinsip-prinsip seni fotografi " untuk digunakan oleh photographer.Elemen visual dalam gambar mempunyai ciri-ciri yang dikenali sebagai " elemen fotografi ".
- Garisan - garis dan sudut yang dalam pemandangan.
- Warna - pelbagai warna dan corak warna individu .
- Bentuk - kawasan dua dimensi, yang mempamerkan
tekstur / warna yang sama dan mungkin geometri atau ditentukan oleh
proses organik atau semula jadi.
-Rupa- tiga dimensi struktur dengan panjang , lebar dan tinggi.
- Tone - bayang dan cahaya variasi yang menentukan 'bentuk '
positif = ruang yg mpunyai rupa & bentuk
negatif = ruang yg kosong di sekitar rupa & bentuk.
kawasan yangg tidak mpunyai apa-apa rupa & bentuk juga merupakan elemen yg penting dlm keseimbangan imej.
-Kedalaman - persepsi penonton dengan jarak antara ' latar depan ' dan ' latar belakang' dalam gambar.- Ketajaman - sejauh mana objek atau bahagian tertentu gambar itu tajam atau kabur.
5. Rule Of Thirds
Salah saatu prinsip asas fotografi yang sering diketepikan oleh jurugambar (terutama yang baru) adalah prinsip Rule Of Thirds. Walaupun disebut sebagai “rule”
atau peraturan ia bukanlah satu peraturan yang wajib diikuti namun ia
memberikan satu garis panduan bagi jurugambar bagi mengambil gambar yang
lebih seimbang dan menarik. Ini terutamanya apabila anda menjadi tidak
pasti di mana hendak meletakkan subjek utama pada gambar anda ketika
mengambil gambar.
Mengenepikan Rule Of Thirds
tidak bermakna gambar yang anda ambil tidak akan menjadi menarik. Yang
penting ada keseimbangan dan faktor-faktor lain turut dipenuhi.
Prinsip Asas Rule Of Third:
“The rule states that an image
should be imagined as divided into nine equal parts by two
equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines,
and that important compositional elements should be placed along these
lines or their intersections” – Bryan F. Peterson
Mengikut Rule Of Thirds, sesuatu imej atau gambar hendaklah di bahagikan kepada tiga menegak dan menurun (vertical dan horizontal).
Oleh itu garis-garis imiginasi perlu ada di fikiran jurugambar ketika
mengambil sesuatu gambar itu. Garis-garis ini bila dibuat akan
menghasilkan 9 bahagian pada imej yang sama besar.
Melalui garis-garis ini, imej sebaiknya diletakkan pada titik pertemuan antara garis-garis ini. Basically, ada 4 titik pertemuan yang boleh digunakan. Rujuk grid di bawah:
Dengan menggunakan Rule of Thirds,
letakkan imej atau subjek yang anda mahu ambil ke titik-titik pertemuan
di atas. Dalam kata lain juga, ELAKKAN dari meletakkan subjek anda di
tengah frame atau jauh dari titik-titik pertemuan itu. Kajian telah
menunjukkan yang apabila melihat sesuatu imej, mata manusia akan lebih tertumpu pada salah satu titik pertemuan tersebut daripada di tengah-tengah imej. Dengan meletakkan imej mengikut Rule Of Thirds, mereka akan dapat melihat gambar dengan selesa dan seimbang. Lihat beza dua gambar di bawah juga:
Antara contoh-contoh penggunaan Rule Of Thirds yang digunakan oleh jurugambar-jurugambar pro dan amatur di seluruh dunia. Lihat di bawah. Hebat bukan?
Gambar kredit kepada slideguru.com
6 . Depth
of fields
Apakah itu ‘Depth Of Field’ ?

Depth of Field sebagai satu zon yang merentangi dihadapan dan dibelakang titik fokus yang objeknya masih kelihatan tajam (sharp). Lihat gambar di bawah . Mengubah nilai aperture akan mengubah Depth of Field.“the space in front of and behind the plane of best focus, within which objects appear acceptably sharp” – Tom Ang [Digital Photography, An Introduction, 3rd edition]
Depth Field dipengaruhi oleh 1. nilai aperture dan 2. jarak jurukamera dari subjek (atau panjang lensa yang anda gunakan). Terdapat 2 jenis depth of field yang jurukamera perlu tahu iaitu:-
- Shallow Depth Of Field (Narrow)
- Deep Depth Of Field (Wide)
Gambar kredit kepada etsy.com
Shallow Depth Of Field biasanya digunakan dalam gambar-gambar potrait bila jurugambar mahu memfokuskan pada ‘objek utama‘ sahaja. Oleh itu, bahagian belakang (background) perlu dikaburkan (blur).
Deep Depth Of Field biasanya digunakan dalam gambar-gambar landskap bagi mendapatkan detail yang lengkap pada keseluruhan gambar.
Dalam mempengaruhi Depth of Field dengan menggunakan aperture, 2 perkara ini perlu dingati:
- Lebih besar aperture digunakan, lebih kecil (shallow/narrow) Depth of Field.
- Lebih kecil aperture digunakan, lebih besar (deep/wider) Depth Of Field.
7. Balance
Imbangan putih /white balance. (WB) adalah proses
mengeluarkan Acuan Warna yang Tidak Realistik, supaya objek yang putih
kelihatan putih dalam gambar yang kita ambil.. White Balance Kamera yang betul
bagi mengambil kira suhu warna "sumber cahaya”, Kamera digital sering
menghadapi kesukaran yang besar dengan Atuto White Balance (AWB) – Putih yang
terselindung dengan warna Biru, Oren, Merah atau Hijau.Memahami imbangan putih
digital boleh membantu kita mengelakkan warna yang tidak diingini, seterusnya
meningkatkan mutu gambar dipelbagai keadaan pencahayaan yang lebih luas.
Setiap gambar mempunyai suhu warna. Suhu yang rendah akan
menyebabkan warna gambar menjadi kemerahan dan suhu yang tinggi akan
menyebabkan gambar menjadi kebiruan. Di dalam gambar yang mempunyai rujukan
warna putih, biasanya white balance kurang menjadi masalah. Bagaimanapun,
sekiranya tidak sebarang rujukan, kita boleh menukar white balance secara
manual.
What is Exposure?
- Your camera understands EXPOSURE, which is essentially the total amount of light entering your camera used to create the photo.
- Exposure describes how light or how dark your photographs are
- Under-exposure – is when your photos come out too dark.
- Over-exposure – is when your photos come out too light, washed out or “blown out”.
But slightly Under and Over Exposed images can be great for artistic or stylistic reasons! Images that are technically considered to be over or underexposed can be visually appealing:
- Exposure = combination of Aperture + Shutter Speed + ISO
- Aperture, Shutter Speed and ISO are components that make up your photograph’s Exposure.
- Understanding these three main principles through your camera functions will help you get the best exposure possible for your images.
Read more at http://whiteonricecouple.com/photography-tips/what-is-photography-exposure/#P0RKQsAMvTEcTBp3.99
What is Exposure?
- Your camera understands EXPOSURE, which is essentially the total amount of light entering your camera used to create the photo.
- Exposure describes how light or how dark your photographs are
- Under-exposure – is when your photos come out too dark.
- Over-exposure – is when your photos come out too light, washed out or “blown out”.
But slightly Under and Over Exposed images can be great for artistic or stylistic reasons! Images that are technically considered to be over or underexposed can be visually appealing:
- Exposure = combination of Aperture + Shutter Speed + ISO
- Aperture, Shutter Speed and ISO are components that make up your photograph’s Exposure.
- Understanding these three main principles through your camera functions will help you get the best exposure possible for your images.
Read more at http://whiteonricecouple.com/photography-tips/what-is-photography-exposure/#P0RKQsAMvTEcTBp3.99
satu perkongsian yg sngt menarik , trima ksih...
ReplyDelete